Allah berfirman bermaksud: “Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
Dan demi sesungguhnya! Kami menguji
orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa
diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata
pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut,
ayat 2-3)
Dugaan dalam kehidupan adalah satu
perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus
sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah.
Dugaan kecil mahupun besar semuanya
adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan
mengingati kita tentang kebesarannya.
Kita tidak akan tahu akan maksud yang
terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun
melalui perantaraan manusia.
Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,
Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa. Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !
Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.
Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.
Realitinya dugaan itu..
Yakin dan pastinya sebagai seorang
muslim kita hendaklah merasakan bahawa setiap dugaan yang diterima
bukanlah bersifat untuk menyusahkan ataupun menzalimi hambanya.
Tetapi sebenarnya dugaan itu adalah satu hikmah yang mahu kita berfikir sejenak !
Dugaan yang hadir adalah sebagai satu
latihan untuk melatih kita sebagai hambanya untuk mendekatkan diri
dengan Allah sebagai wasilahnya dengan sabar, sangka baik serta
mengharapkan pertolongan dari Allah.
Kita ingatlah bahawa nikmat hidup diatas dunia ini adalah satu nikmat yang hanya bersifat sementara dibumi pinjaman kepada kita.
Sebab itu bagi orang yang melakukan dosa
atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan dugaan
kesusahan kepadanya. Supaya hambanya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan
noda selamanya.
Setiap perbuatan dosa mesti ada hukuman
darinya, samada di dunia atau di akhirat kecuali kita telah bertaubat
sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu.
Bukan untuk menzalimi kita tetapi untuk
memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan
dosa itu sampai bila-bila, dugaan juga bermaksud pembalasan ke atas
dosa-dosa kita yang lalu.
Sedangkan Allah telah berfirman:“ Sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.”
Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau
lalai daripada mengingati Allah, maka
Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak
tenggelam dalam dosa dan noda.
Dugaan adalah wasilah (perantaraan)
Allah berfirman bermaksud: Kami menguji
kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah
kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)
Sekiranya kita boleh bersabar dan redha,
maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak
boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan
memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita
Sekiranya kita telah dihukum di dunia
lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah
bersih daripada dosa.
Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan
hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita.
Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan
takdirnya.
Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.
Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya
Dan ingatlah, andaikata kita diduga,
kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang
Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika ditimpa
dugaan?
Demikianlah, mereka yang tinggi nilai
taqwa dan keimananya, tidak mengeluh apabila ditimpa dugaan. Berbeza
dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila ditimpa dugaan kita
mudah sangka buruk dengan Allah dan berdendam dengan orang yang
mendatangkan dugaan kepada kita.
Walhal bukan orang itu yang hendak
menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak lihati
kita, ditimpa dugaan menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi,
tanyalah Allah kenapa kita ditimpa dugaan itu….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan